|
Terima
Kasih kerana menjungung laman web ini. Sekiranya anda seperti saya yang
bercita-cita dan berhasrat dalam memiliki perniagaan sendiri, teruskan hasrat
murni itu.
Sekiranya anda telah mempunyai tak kira apa
bidang perniaagan, saya ucapkan syabas kerana hasrat anda tercapai. Bidang
perniagaan amat mencabar terutamanya ditambah pula dengan krisis ekonomi yang
melanda dan pelbagai krisis-krisis lain, amat memenatkan para peniaga dan
usahawan mendapat keuntungan yang semaksima mungkin.
Strategi Pemasaran
Pelbagai kaedah dan strategi pemasaran dilakukan
bagi meningkatkan jualan produk atau perkhidmatan namum nyata agak sukar buat
masa sekarang ini. Ditambahi pula dengan pertumbuhan pesaing-pesaing yang cuba
merebut peluang yang ada. Kadang-kadang serabut memikirkannya. Namum perniagaan
kita mesti diteruskan. Jika dilihat sebenarnya, peluang untuk kita mengingkatkan
jualan adalah amat tinggi. Cuba fikir sejenak, adakah perniagaan/syarikat kita
diketahui umum dan masyarakat sedangkan permintaan sebenar adalah ada. Cuma
mereka tidak mengetahui wujudnya perniagaan/syarikat kita yang menawarkan produk/perkhidmatan
yang mereka kehendaki.
Di mana silapnya?
Apakah strategi
pemasaran masa kini telah kita lakukan?. Saya mengambil contoh yang berlaku pada
diri saya baru-baru ini. Di kala cuti perayaan tahun baru cina tahun harimau
2010 yang lepas, saya sekeluarga dengan bukannya perancangan awal dan akhirnya
mengambil keputusan untuk bercuti ke Cameron Highlands. Semua orang tahu, waktu
perayaan sememangnya agak sibuk terutamanya tempat penginapan.
Apabila
sampai sahaja di Tanah Tinggi, mulalah pencarian dari satu hotel ke satu hotel.
Semuanya penuh. Tak cukup di situ, kami naik ke Berinchang. Cari lagi, sama juga.
Dah penuh termasuklah tempat penginapan yang kami biasa tinggal. Nak turun
semula ke Tapah atau ke Simpang Pulai, jauh juga dan waktu ketika itu jam dah
7.00 malam. Dengan perasaan sayu, kami terpaksa bertanya dari rumah ke rumah di
satu kawasan flat di Berinchang. Akhirnya berjumpa dengan seorang 'Pakcik' dan
memberikan kami satu no telefon untuk satu tempat penginapan yang agak terpencil
namum kemudahannya lengkap. Dengan sepantas kilat, kami menelefon dan akhirnya
mendapat tempat penginapan tersebut.
Sememangnya selama ini,
kami tidak mengetahui
kewujudan tempat penginapan ini bertaraf chalet dengan suasana yang sungguh
nyaman. Dan pada hari tersebut, di kala semua tempat-tempat penginapan lain
sudah penuh, namum tempat penginapan ini masih kosong. Kami memasuki chalet
tersebut hampir jam 8.00 malam. Sekiranya kami tak menyewa bermakna pengusaha
tersebut telah kerugian untuk kadar sewa pada hari tersebut.
Pengalaman
mendewasakan kita
Apa yang ingin kongsi adalah, maklumat perniagaan
anda tidak diketahui umum. Dan ianya amat-amat terhad kepada mereka yang
mengetahui sahaja. Sebelum bertolak ke Cameron Highlands tersebut, saya telah
mencari-cari maklumat tempat penginapan dalam internet melalui enjin carian 'GOOGLE', namum kebanyakannya
tiada maklumat. Itulah sebabnya saya redah sahaja dengan harapan masih ada yang
kosong. Memang betul, namum tempat penginapan tersebut tidak diketahui umum.
Apapun, saya ucapkan terima kasih kepada 'ASLI LOGDE' kerana dapatlah kami
sekeluarga bermalam dengan selesa jika tidak sememangnya telah merancang
untuk tidur dalam kereta.
"Dikala waktu itu, saya terfikir... adakah
pengusaha itu sudah melakukan strategi pemasaran yang berkesan?." Sepatutnya dia
boleh meningkatkan jualannya sepanjang masa dengan jumlah pengunjung yang
semakin meningkat sebagai pelanggan yang baru dan juga pelanggan yang
tersediaada.
Maklumat yang tidak diketahui
Saya sedar, bahawasanya maklumat mengenai
perniagaannya tidak diketahui orang ramai yang sememangnya memerlukan
perkhidmatan tersebut. Apa yang saya kongsikan pengalaman dalam membeli produk
atau perkhidmatan yang ditawarkan, namum perniagaan anda tidak diketahui oleh
bakal pelanggan. Bagaimana mereka hendak membeli atau mengunakannya perkhidmatan
anda, jika maklumat anda tiada dalam senarai carian internet yang mudah dicari.
Sekarang,
carian yang amat pantas adalah dihujung jari, semuanya dalam internet. Trend
masa kini menjadikan bahawa internet adalah medium untuk mencari
maklumat-maklumat yang ada dan terkini.
Perkembangan Perniagaan
Di
sini saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana untuk meningkatkan jualan
perniagaan yang sememangnya adalah sebahagian dari sumber pendapatan kita.
Apa yang penting di sini adalah, anda
MESTI mempunyai sebuah laman web perniagaan atau apa sahaja bagi membolehkan maklumat
diketahui umum walaupun 'SIMPLE' tapi maklumat yang hendak disampaikan adalah
penting.' Saya boleh membantu anda dalam menyebarkan maklumat perniagaan kepada
bakal pelanggan di mana saya ada menyediakan perkhidmatan menyediakan laman web.
Laman web 'SIMPLE' tapi padat dengan maklumat akan menarik lebih ramai bakal
pelanggan anda nanti.
Untuk ketahui lanjut,
sila ke laman perkhidmatan
"Pelbagai Laman web
Perniagaan berasaskan jualan secara dalam
talian (internet) 'online' boleh kami sediakan untuk Anda.
Sungguh mudah untuk kembangkan perniagaan masa kini!"
|